2.0 – Standard Digunapakai 

2.1  Pendahuluan 

Standard Audit Dalam merupakan prinsip asas bagi membentuk satu rangka kerja dalam melaksanakan fungsi Audit Dalam. Standard ini adalah panduan untuk pengurusan dan amalan audit yang merangkumi pernyataan terhadap keperluan pelaksanaan secara profesional bagi Audit Dalam untuk menilai keberkesanan prestasi Audit Dalam. Dengan demikian, adalah penting standard ini difahami dan diamalkan untuk memberi jaminan dan keyakinan kepada stakeholders bahawa pengauditan boleh dipercayai, objektif dan kompeten.

 

2.2  Attribute Standards 

Attribute Standards meliputi ciri-ciri organisasi dan individu yang melaksanakan program/aktiviti Audit Dalam. la berkaitan dengan peranan Audit Dalam, kebebasan dan objektiviti serta amalan baik dalam menjalankan pengauditan yang meliputi perkara-perkara berikut: 

  1. Tujuan, Kuasa dan Tanggungjawab
  2. Kebebasan Dan Objektiviti
  3. Kemahiran dan Keprihatinan Profesional
  4. Kepastian Kualiti

 

2.3  Performance Standards 

Performance Standards menerangkan corak aktiviti Audit Dalam dan memberi kriteria untuk menilai prestasi aktiviti Audit Dalam yang merangkumi perkara-perkara berikut: 

  1. Pengurusan Aktiviti Audit Dalam
  2. Corak Kerja – Perancangan Tugasan Audit
  3. Pelaksanan Tugasan Audit
  4. Komunikasi Hasil Kerja
  5. Pemantauan Kemajuan Laporan Audit

 

Penerangan terperinci berkenaan standard Atribut dan Prestasi adalah seperti dalam dokumen International Professional Practices Framework (IPPF) 2017.