KOD ETIKA JURUAUDIT DALAM UTM

Kod Etika Juruaudit Dalam adalah prinsip dan nilai yang menjelaskan etika yang perlu diamalkan oleh seseorang juruaudit seperti yang digariskan dalam International Professional Practice Framework (IPPF) 2017 . Kod Etika ini merupakan amalan budaya kerja yang beretika serta profesional dan diwujudkan bagi memandu juruaudit meningkatkan prestasi kerja.