PIAGAM PELANGGAN UNIT AUDIT DALAM

Kami, warga Unit Audit Dalam Universiti Teknologi Malaysia akan berusaha sehabis daya kami untuk:

1. Menjalankan proses pengauditan secara profesional dan berintegriti berteraskan standard, piagam dan dasar yang berkuatkuasa.

2. Menyediakan laporan audit yang berkualiti, relevan dan mudah difahami.

3. Mengeluarkan laporan audit dalam tempoh yang munasabah selepas proses pengauditan selesai supaya pendapat dan syor-syor yang diberikan masih relevan.

4. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit mengikut kekerapan yang telah ditetapkan.