Tahun 2019 – Audit kendiri pematuhan University Good Governance Index (UGGI ) diaudit oleh Unit Audit Dalam UTM – melibatkan 5 orang Juruaudit Dalam sahaja.
Tahun 2022 – Audit kendiri penambahbaikan UGGI – diaudit oleh 20 orang Auditor lantikan khas yang terdiri daripada staf Akademik dan PPP. Dipantau oleh Unit Audit Dalam & Penasihat Audit.
Tujuan Audit 2022 adalah untuk melihat bagaimanakah amalan tadbir urus terbaik serta inisiatif UA yang telah/ sedang dalam perancangan, dilaksanakan hasil daripada pemberian autonomi 2012 untuk menyokong kepada pencapaian kecemerlangan UA.
Penambaikan Tatacara Audit 2022:
Dokumen dipelihara dalam portal untuk kemudahan rujukan di masa hadapan. (https://registrar.utm.my/uggi)
Penilaian dilakukan oleh auditor daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan input yang lebih luas.
Penilaian dibuat pada real-time dan boleh diakses oleh auditor dan auditee.
Penilaian dilakukan dalam 2 siri (pra-audit & audit ) wujud interaksi antara auditor dan auditee bagi tujuan pengesahan bukti dan cadangan penambahbaikan.