4 Jun 2024 – Majlis Persaraan Tuan M. Sahidi Saigon telah diadakan di Suasana Suites, Johor Bahru. Majlis ini bertujuan untuk meraikan Tuan M. Sahidi yang akan bersara pilihan mulai 7 Jun 2024 setelah berkhidmat selama 31 tahun di Universiti Teknologi Malaysia.

Majlis ini dihadiri oleh staf Unit Audit Dalam, alumni Unit Audit Dalam dan pasangan Tuan M. Sahidi, Puan Fauziah Suleiman.