5 Februari 2024 – Bengkel Perancangan Strategik Unit Audit Dalam telah diadakan pada 5 dan 6 Februari 2024 di Bilik Seminar 1, Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD), UTM Johor Bahru. 

Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan tindakan dan hala tuju strategik dan praktikal  untuk menangani isu-isu yang telah dikenalpasti di Unit Audit Dalam bagi tahun 2023 sehingga 2025.