9 Jun 2024 – Sesi Serah Tugas Ketua Unit Audit Dalam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Citra, Unit Audit Dalam.

Encik M. Sahidi Saigon (Mantan Ketua Audit Dalam) telah menyerahkan nota serah tugas serta memberi sedikit taklimat ringkas kepada Encik Abdul Rashid Aris berkenaan tugas-tugas seorang Ketua Juruaudit dan “work-in-progress” di Unit Audit Dalam.

Encik Abdul Rashid telah dilantik sebagai Ketua Unit Audit Dalam berkuatkuasa 9 Jun 2024.

Kredit Jurufoto: Halid Jamaluddin