Sesi Engagement UAD bersama PTJ Siri 1 telah diadakan pada 2 Julai 2024 oleh Ketua Unit Audit Dalam, Encik Abdul Rashid Aris bersama Jabatan Bendahari dalam satu slot semasa Bengkel High Impact Result Jabatan Bendahari.
Perkongsian sesi engagement ini meliputi Kod Etika Juruaudit, perkhidmatan audit, kuasa Unit Audit Dalam (UAD) dan tanggungjawab Jabatan Bendahari khususnya berkaitan peraturan dan prosedur kewangan. Turut dikongsikan adalah contoh-contoh pemerhatian audit bagi memastikan isu yang sama tidak berulang.
Sesi Engagement UAD bersama PTJ yang seterusnya adalah bersama Perpustakaan Sultanah Zanariah, PSZ pada 4 Julai 2024 dan akan diteruskan ke PTJ lain pada masa akan datang.