Sesi Engagement UAD bersama PTJ Siri 2 telah diadakan pada 4 Julai 2024 bersama pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah. Perkongsian ini telah dibuat oleh Ketua Unit Audit Dalam, Encik Abdul Rashid Aris. Turut hadir, Puan Rosmaniza Haron, Pegawai Kewangan Unit Audit Dalam.

Sesi Engagement UAD bersama PTJ yang seterusnya adalah bersama Jabatan Bendahari UTMKL pada 9 Julai 2024 dan akan diteruskan ke PTJ lain pada masa akan datang.