Sesi Engagement UAD bersama PTJ Siri 3 diteruskan bersama pihak Jabatan Bendahari UTMKL pada 9 Julai 2024, bertempat di Dewan Seminar Menara Razak, UTM Kampus Kuala Lumpur. Selain taklimat mengenai peranan dan fungsi audit, Encik Abdul Rashid turut mengadakan perkongsian mengenai hasil dapatan audit dalam kepada pegawai dan Ketua Jabatan UTMKL.
Turut berlangsung pada hari yang sama sesi engagement UAD bersama Pro Vice Chancellor UTMKL, Prof. Ts. Dr. Abdul Latif Saleh di Menara Razak UTMKL dan Sesi Kunjungan Hormat ke atas Pengerusi Jawatankuasa Audit, YBhg. Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail di Bilik Mesyuarat Eksekutif UTM SPACE Kuala Lumpur.
Sesi engagement dan kunjungan hormat ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Unit Audit Dalam, Encik Kamarudin Osman.