Unit Audit Dalam telah menyertai Seminar Unfolding 2024 Global Internal Audit Standards: Best Practices and Techniques pada 29 Februari 2024. Program anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) ini diadakan secara atas talian bermula jam 9:00 pagi sehingga 4:30 petang.
Objektif seminar ini adalah untuk memastikan para peserta/Audit Dalam UA akan berupaya menepati keperluan 2024 Global Internal Audit Standards baharu yang telah dilancarkan pada 9 Januari 2024 oleh The Institute of Internal Auditors dalam melaksanakan konsep serta kaedah pengawalan kualiti pengauditan yang dijalankan.