Unit Audit Dalam telah menghantar Puan Rosmaniza Haron, Pegawai Kewangan (W44) dan Cik Siti Nurranisah Abd Rahim, Juruaudit (W41) untuk menghadiri Kursus Indeks Akauntabiliti: Adakah Masih Relevan, anjuran Unit Audit Dalam Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula 15 Julai 2024 sehingga 16 Julai 2024 ini diadakan di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi overview Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti dan memahami kaedah pengauditan dari segi pematuhan terhadap peraturan dan prosedur kewangan Kerajaan yang berkuatkuasa dalam pelaksanaan dan pelaporan audit.