Unit Audit Dalam telah menghantar Cik Khaliesah Nur Arina binti Abu Bakar, Pegawai Kewangan (W41) untuk menghadiri Kursus Risk-Based Auditing anjuran Unit Audit Dalam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kursus ini berlangsung selama dua hari bermula 14 dan 15 Februari 2024, bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu.
Kursus ini secara amnya bertujuan untuk membantu juruaudit memahami pendekatan pelaksanaan Pengauditan Berdasarkan Risiko dan Risk Management Framework yang boleh digunapakai di samping membangunkan program audit dan kertas kerja audit (working paper) selaras dengan pendekatan Pengauditan Berasaskan Risiko.
Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Jannaatu ‘Adnin Maslan, Ketua Penolong Pengarah dari Jabatan Audit Negara Malaysia.
Kredit imej: Facebook Unit Audit Dalam Unisza-FBrasmi