Unit Audit Dalam telah menghantar tiga orang staf iaitu Encik Abdul Rashid Aris, Ketua Unit Audit Dalam, Puan Mayuzei Ujang, Pegawai Kewangan (W44) dan Cik Khaliesah Nur Arina Abu Bakar, Pegawai Kewangan (W41) untuk menghadiri Kursus Pengauditan Penyata Kewangan Berdasarkan MPSAS yang dianjurkan oleh Unit Audit Dalam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kursus ini telah diadakan selama dua hari bermula 23 Julai 2024 sehingga 24 Julai 2024 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memahami Penyata Kewangan berdasarkan MPSAS, memberi pendedahan kepada Juruaudit Dalam tentang pengauditan penyata kewangan dan perkongsian tentang case study serta perubahan piawaian terkini.
Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Audit Negara.