Unit Audit Dalam telah mengadakan Lawatan Penanda Aras dan Sesi Engagement bersama Jabatan Audit Dalam Universiti Kuala Lumpur di UniKL City Campus, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2024.
Objektif program ini adalah untuk melebarkan jaringan strategik Unit Audit Dalam UTM dengan universiti luar serta bertukar idea dan pendapat mengenai pendekatan dan teknik pengauditan yang digunakan, amalan terbaik bagi tadbir urus, governan dan tatekelola institusi serta isu audit semasa.
Delegasi UAD diketuai oleh Encik Abdul Rashid Aris selaku Ketua Unit Audit Dalam dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Unit Audit Dalam, Encik Kamarudin Osman bersama empat orang Juruaudit, lima orang Penolong Juruaudit dan seorang Pembantu Setiausaha Pejabat.
Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Deputy General Manager IAD UniKL, Encik Norulamin Ahmad selaku wakil dari UniKL dan Encik Kamarudin Osman selaku wakil dari UTM.