Unit Audit Dalam telah menghantar Puan Hanifah Kandar, Penolong Akauntan (W32) untuk menghadiri Seminar Cabaran Revolusi dalam ICT: Adakah Anda “In-Trend”? anjuran Bahagian Audit Dalam Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seminar ini berlangsung selama dua hari bermula 24 Julai 2024 sehingga 25 Julai 2024 dan diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.
Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang terkini dan tuntas berkenaan revolusi dalam bidang ICT, mengadakan perkongsian dan pendedahan berdasarkan kes sebenar dan terkini yang berlaku di dalam dan luar negara serta sebagai satu platform kepada peserta untuk meluaskan jaringan dengan para penceramah dan peserta yang terdiri daripada pelbagai sektor dan industri.