Unit Audit Dalam telah mengadakan Program Ceramah Proof Reading Laporan Audit pada 18 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Program ini melibatkan semua staf di Unit Audit Dalam. 

Objektif program ini adalah untuk menyokong bidang fungsian terutamanya dalam menghasilkan laporan audit yang berkualiti dan jelas, meningkatkan kredibiliti dan kualiti laporan audit di samping menambah peluang bekerjasama dan perkongsian aktiviti yang dapat meningkatkan kompetensi staf, teknik dan pendekatan audit serta amalan terbaik dari segi tadbir urus governan.

Ceramah ini disampaikan oleh Encik Ahmad Fadhli Syed Hassan, Pegawai Tadbir (N10) dari Penerbit UTM Press.