3.0 – Kod Etika

3.1  Pendahuluan 

Kod Etika Juruaudit Dalam adalah prinsip dan nilai yang menjelaskan etika yang perlu diamalkan oleh seseorang juruaudit Kod Etika ini merupakan amalan budaya kerja yang beretika serta profesional dan diwujudkan bagi memandu juruaudit meningkatkan prestasi kerja.

 

3.2  Kod Etika IPPF 2017 

Juruaudit perlu mengamalkan dan mempertahankan prinsip, nilai teras dan peraturan tingkahlaku serta kod etika seperti yang dinyatakan dalam IPPF 2017 yang antaranya adalah seperti berikut:

 

3.2.1  Prinsip 

a.  Integriti

Integriti juruaudit mewujudkan amanah dan ini menjadi asas untuk kebolehpercayaan ke atas pendapatnya. 

b.  Keobjektifan

Juruaudit mengamalkan tahap keobjektifan yang tertinggi dalam pengumpulan, penilaian dan penyampaian maklumat berkaitan dengan aktiviti atau proses yang diperiksa. Juruaudit hendaklah menilai dengan saksama dalam semua keadaan dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan sendiri atau oleh orang lain semasa memberi pendapat. 

c.  Kerahsiaan

Juruaudit menghormati nilai dan hakmilik maklumat yang diterima dan tidak boleh mendedahkan maklumat tanpa kuasa sewajarnya kecuali terdapat keperluan undang-undang atau profesional. 

d.  Kompetensi

Juruaudit menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dalam pelaksanaan perkhidmatan audit dalam.

 

3.2.2  Peraturan Tingkahlaku

a.  Integriti

i)    perlu melaksanakan tugasnya dengan ikhlas, rajin dan bertanggungjawab;

ii)   perlu mematuhi undang – undang dan mendedahkan apa yang dikehendaki dari segi undang – undang dan profesion;

iii)  tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang tidak sah atau melibatkan diri dalam perbuatan yang melanggar profesion audit dalam atau organisasi ; dan

iv)   perlu menghormati dan menyumbang kepada objektif – objektif organisasi yang sah dan beretika.

b.  Keobjektifan

i)   tidak akan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau perhubungan yang akan menjejaskan atau dianggap akan  menjejaskan penilaiannya secara saksama. Penglibatan ini termasuk aktiviti-aktiviti atau perhubungan yang mungkin bertentangan dengan kepentingan organisasi;

ii) tidak akan menerima apa-apa yang akan menjejaskan atau
dianggap akan menjejaskan pendapat profesionalnya; dan

iii) perlu mendedahkan semua fakta material yang diketahuinya, di mana jika tidak didedahkan, mungkin menjejas laporan audit.

c.  Kerahsiaan

i)   perlu berhati-hati dalam penggunaan dan perlindungan maklumat yang diperolehi dalam pelaksanaan tugas; dan

ii)  tidak akan menggunakan maklumat untuk sebarang faedah peribadi atau dalam apa cara yang melanggar undang-undang atau menjejaskan objektif-objektif organisasi yang sah dan beretika.

d.  Kompetensi

i)   hendaklah menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional semasa menjalankan tugas;

ii)  akan melaksanakan khidmat audit dalam berdasarkan kepada Standard Audit Dalam; dan

iii) akan secara berterusan mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti khidmatnya.

  

3.3  Kod Etika UTM 

Kod Etika Pofesional staf UTM berasaskan prinsip-prinsip seperti berikut:-

a.  Integriti

Menyarankan staf Universiti untuk mengamalkan budaya integriti.

b.  Benar

Menekankan bahawa semua staf Universiti menjalankan tugas dengan menghayati prinsip kebenaran.

c.  Telus

Memberi penekanan kepada penghayatan amalan ketelusan dalam semua aspek kerja.

d.  Bijaksana (Hikmah)

Mewujudkan keseimbangan di antara kehendak perundangan dan pertimbangan kemanusiaan dengan mengambilkira keperluan semua pihak.

e.  Adil dan Saksama

Memuktamadkan sesuatu keputusan berdasarkan peraturan undang-undang tanpa pilih kasih dan / atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.