Audit Indeks Tadbir Urus dan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi Unit Audit Dalam telah diadakan pada 17 Julai 2024, 8:30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Citra, Unit Audit Dalam.

Encik Rosnizam bin Maarof, Ketua Auditor SPK Canseleri hadir ke Unit Audit Dalam sebagai Auditor Indeks Tadbir Urus dan Sistem Pengurusan Kualiti UAD.

Tujuan utama pengauditan ini dijalankan adalah untuk menilai kualiti sistem pengurusan di Unit Audit Dalam. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat positif dan keyakinan dalam gerak kerja berpasukan untuk terus berinovasi dan memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Sesi pengenalan awal mengenai Unit Audit Dalam telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam, Encik Abdul Rashid Aris. Turut hadir pada sesi audit ini adalah Timbalan Ketua Unit Audit Dalam, Encik Kamarudin Osman dan semua staf Unit Audit Dalam.