Unit Audit Dalam telah menghantar Encik Kamarudin Osman, Pegawai Kewangan (W48) untuk menghadiri Kursus COSO Based Internal Auditing anjuran Biro Pembangunan Kompetensi, Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam (JKAD) dengan kerjasama The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM). Kursus ini berlangsung selama dua hari bermula 10 Jun 2024 sehingga 11 Jun 2024, bertempat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Objektif utama kursus ini adalah untuk membantu peserta mendalami konsep dan kaedah pengauditan terhadap kawalan dalaman berasaskan kepada rangka kerja COSO dalam perspektif yang berbeza. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan elemen-elemen yang ada di dalam kerangka kerja COSO.