Unit Audit Dalam telah menghantar Puan Ezatul Hani Yusof Akmar, Penolong Akauntan (W29) dan Cik Syarifah Fazlinatul Akmal Syed Ahmad, Penolong Akauntan (W29) untuk menghadiri Seminar Kebangsaan Audit Dalam 2024 yang diadakan pada 26 dan 27 Ogos 2024 bertempat di Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi.
Seminar yang bertemakan Memantapkan Prestasi dan Keberkesanan Audit Dalam melalui Pendigitalan Audit ini merupakan anjuran Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam (JKAD) Universiti Awam dengan kerjasama Jabatan Audit Negara (JAN) dan Institut Juruaudit Dalam Malaysia (IIAM).
Seiring dengan tema, objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan prestasi dan keberkesanan audit dalam melalui pendigitalan audit, menambahbaik kecekapan dan peranan audit dalam dalam mengadaptasi keperluan pengauditan mengikut landskap terkini dan menyediakan satu platform ilmu dan keperluan pengauditan semasa kepada audit dalam.
Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada 26 Ogos 2024.
Turut hadir selaku urusetia dalam seminar ini adalah Encik Abdul Rashid Aris, Ketua Unit Audit Dalam, Puan Rosmaniza Haron, Pegawai Kewangan (W44) dan Cik Siti Nurranisah Abdul Rahim, Juruaudit (W41).
Kredit: Jurufoto Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)