Unit Audit Dalam akan mengadakan Program Ceramah Certified Internal Auditor pada 17 Jun 2025 secara live melalui di talian Facebook Unit Audit Dalam UTM dan aplikasi Webex. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Mohd Hazrin bin Ibrahim, CMIIA, CIA (Pejabat Audit Dalam, UIAM). Program ini terbuka kepada semua.
Ceramah ini mengenai juruaudit dalaman bersertifikat memberikan pemahaman yang mendalam tentang prinsip dan amalan terkini dalam audit dalaman, membolehkan peserta menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal yang penting untuk memperkukuh sistem pengawasan serta memastikan kepatuhan kepada piawaian yang ditetapkan. Dengan pendekatan interaktif yang melibatkan perbincangan dan analisis kes sebenar, ceramah ini direka untuk membangunkan individu dan organisasi dalam usaha mencapai keberkesanan audit yang lebih tinggi, memajukan pengurusan risiko, dan meningkatkan integriti proses audit secara menyeluruh.
Bermulanya untuk menjadi Certified Internal Auditor adalah di sini. Jangan lepaskan peluang untuk ketahui Strategi & Rahsia LULUS CIA.