JAWATANKUASA AUDIT

Ahli-Ahli Jawatankuasa Audit

 

  Dato’ Ir Dr Hj Hamim bin Samuri (Pengerusi)

Tn. Hj. Zairi bin Hj. Mat Ali

Dato’ Prof. Emeritus Ir. Ts. Dr. Zainai bin Mohamed

  Puan Dzuleira binti Abu Bakar

Tn. Hj. M Sahidi bin Saigon (Setiausaha)

Jawatankuasa audit hendaklah ditubuhkan melalui resolusi Lembaga Pengarah. Jawatankuasa ini boleh dianggotai tiga (3) hingga (5) orang ahli terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah bukan eksekutif.

Fungsi Utama Jawatankuasa Audit adalah seperti berikut:

  • Mengkaji keperluan Unit Audit Dalam termasuk piagamnya
  • Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem pengawalan dari dalam.
  • Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Unit Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan, serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Luar.
  • Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah.
  • Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan, prospectus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan.
  • Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah.
  • Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai/kakitangan dan mengambil daya usaha menyiasat sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam Badan Berkanun yang berkaitan.
  • Memastikan bahawa Badan Berkanun sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa
  • Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa.
  • Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai kakitangan yang didapati telah melakukan sebarang penyelewengan, untuk tindakan yang sesuai

Ahli Jawatankuasa yang pernah dan masih menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Audit UTM (1998 – 2022)