AHLI JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Pengerusi
Prof. Emerita Datuk Dr. Asma
binti Ismail
Ahli
Dato’ Prof. Emeritus Ir. Ts. Dr. Zainai bin Mohamed
Ahli
Puan Noorhayati binti Tompang
Ahli
—
Setiausaha
Encik Abdul Rashid bin Aris
MAKLUMAT RINGKAS JAWATANKUASA AUDIT UTM
- Jawatankuasa Audit UTM ditubuhkan pada tahun 1994 melalui resolusi Lembaga Pengarah Universiti (Majlis Mesyuarat UTM, Bil.2, 26 September 1994).
- Jawatankuasa ini boleh dianggotai oleh tiga (3) hingga lima (5) orang ahli, terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah bukan Eksekutif.
- Kekerapan mesyuarat Jawatankuasa Audit adalah sebanyak 4 kali setahun, dan pelaporan adalah secara terus kepada Lembaga Pengarah Universiti.
- Ketua Juruaudit Dalam bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Audit manakala Unit Audit Dalam sebagai urus setia.
FUNGSI & BIDANG KUASA JAWATANKUASA AUDIT UTM
Bertanggungjawab ke atas fungsi dan keberkesanan Unit Audit Dalam, antaranya:
- Mengkaji keperluan Unit Audit Dalam termasuk piagamnya
- Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem kawalan dalaman
- Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Unit Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan, serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Luar
- Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah
Membantu dan menasihat Lembaga Pengarah Universiti yang meliputi:
- Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan
- Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah
- Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai/kakitangan dan mengambil daya usaha menyiasat sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam Universiti
- Memastikan bahawa Universiti sentiasa mengubah suai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa
- Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa
- Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai kakitangan yang didapati telah melakukan sebarang penyelewengan untuk diambil tindakan yang sesuai
MANTAN AHLI JAWATANKUASA AUDIT UTM
Senarai nama mantan Ahli Jawatankuasa Audit UTM (2020 sehingga kini)
- Dato’ Ir. Low Keng Kok
- Ybrs. Serina bt. Abdul Samad
- Tuan Hj. Zairi bin Hj. Mat Ali
- Dr. Mohd Zabri bin Yusoff
- Dato’ Azizan bin Mohd Sidin
- Prof. Dr. Omar bin Yaacob
- Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Kemaskini 29 September 2024