ORGANISASI
- Ketua UAD bertanggungjawab melaporkan hal-hal pentadbiran (contohnya urusan sumber manusia, kewangan dan lain-lain perkara) kepada Naib Canselor dari semasa ke semasa. Manakala bagi pelaporan fungsi pengauditan, Ketua UAD bertanggungjawab melaporkannya secara terus kepada JKA melalui Mesyuarat JKA yang dikendalikan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
- JKA akan membincangkan perkara-perkara yang dibentangkan dan memperakukan tindakan yang perlu sebelum melaporkan kepada LPU. Selain itu, Ketua UAD juga boleh menghubungi dan merujuk kepada ahli-ahli JKA dari masa ke semasa mengikut keperluan.
- Perlantikan staf UAD adalah mengikut prosedur yang dikeluarkan oleh agensi pusat (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan diterima pakai oleh UTM serta peraturan pentadbiran yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa UTM. Segala hal-hal berkaitan penggajian staf, kemudahan, imbuhan dan sebagainya adalah mengikut garis panduan yang digunapakai oleh UTM.
- Penilaian prestasi tahunan Ketua UAD dan staf UAD adalah berdasarkan format penilaian prestasi yang berkuatkuasa (diluluskan oleh LPU / JPU UTM).