BIDANG TUGAS 

Objektif utama Unit Audit Dalam adalah membantu pihak Pengurusan dan Lembaga Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada Universiti dengan lebih berkesan. Oleh itu, untuk tujuan tersebut, Unit Audit Dalam akan melaksanakan tugas-tugas pengauditan berdasarkan skop aktiviti seperti berikut:

  • mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  • mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
  • mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dan dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
  • menjalankan fungsi Audit Dalam di Badan Berkanun Persekutuan di bawah kawal seliaan Kementerian berkenaan yang tiada Unit Audit Dalam selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998;
  • melaporkan kepada Ketua Agensi hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
  • menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Agensi; dan
  • membentangkan Laporan Audit Dalam di mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun serta jawatankuasa lain yang relevan.