Tanggungjawab

i.  Tanggungjawab Unit Audit Dalam adalah untuk memberi kepastian dan khidmat perundingan kepada pihak Pengurusan dan Lembaga Pengarah Universiti (melalui Jwatankuasa Audit) mengenai sistem kawalan, pengurusan risiko dan proses tadbir urus Universiti. Dari segi pentadbiran, Unit Audit Dalam bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor, manakala dari segi fungsi pengauditan, Unit Audit Dalam bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Audit Universiti Teknologi Malaysia

ii.  Unit Audit Dalam diberi tanggungjawab menjalankan audit pengurusan kewangan, audit prestasi, audit ICT dan audit siasatan. Ketua Audit Dalam bertanggungjawab menyediakan perancangan audit untuk kelulusan Jawatankuasa Audit.

iii.  Secara umumnya, Unit Audit Dalam diberi tanggungjawab untuk mengkaji, menganalisa, menyiasat, menilai dan memberi pendapat, pandangan serta cadangan ke atas mana-mana aspek, aktiviti, fungsi atau operasi Universiti.

iv.  Unit Audit Dalam bertanggungjawab membentangkan laporan audit kepada Jawatankuasa Audit dan melaksanakan audit susulan ke atas perkara yang telah dilaporkan. Jawatankuasa Audit akan membincangkan perkara-perkara yang dibentangkan oleh Unit Audit Dalam dan memperakukannya sebelum Jawatankuasa Audit melaporkan kepada Lembaga Pengarah.