FUNGSI

UAD berfungsi sebagai entiti bebas yang memberi perlindungan terhadap kepentingan UTM melalui aktiviti pengauditan dan rundingan bagi penambahbaikan dan mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan kawalan dalaman,  tadbir urus dan operasi UTM dan Pusat Tanggungjawab di bawahnya. (Rujuk Struktur Fungsi Unit Audit Dalam)

Audit Dalam ditakrifkan sebagai suatu aktiviti bebas dan objektif yang memberi jaminan dan rundingan untuk menambah nilai dan meningkatkan operasi organisasi. Ia membantu organisasi mencapai tujuannya dengan membawa pendekatan disiplin yang sistematik untuk menilai dan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan risiko, kawalan dan tadbir urus.

Selaras dengan International Professional Practices Framework (IPPF) 2017, misi UAD adalah untuk meningkatkan dan melindungi nilai organisasi dengan melaksana aktiviti jaminan berasaskan risiko dan objektif serta khidmat nasihat berwawasan.