KUASA AUDIT DALAM
Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, Juruaudit Dalam diberi kuasa penuh melalui polisi dan arahan kerajaan, LPU, JKA, Pengurusan UTM dan akta-akta berkaitan untuk membolehkannya:
- Menemui mana-mana pegawai / kakitangan UTM di semua peringkat untuk mendapatkan keterangan atau maklumat yang diperlukan;
- Memeriksa dan mendapatkan apa juga salinan dari buku, dokumen, rekod, minit mesyuarat dan lain-lain bentuk sumber maklumat mana-mana Pusat Tanggungjawab termasuk salinan digital tanpa kos;
- Memeriksa semua rekod UTM, buku, minit mesyuarat, dokumen, wang tunai, barang-barang dan lain-lain harta atau aset UTM yang tertakluk kepada audit;
- Menyemak dan menilai dasar, rancangan, peraturan dan rekod Universiti;
- Mendapatkan nasihat dan panduan daripada mana-mana pegawai / kakitangan Universiti atau daripada mana-mana pegawai / kakitangan di dalam perkhidmatan kerajaan atau badan profesional mengenai bidang dan skop audit yang diaudit; dan
- Bebas dan tidak terhalang untuk memeriksa, menyemak dan mendapatkan sebarang maklumat daripada pihak berkuasa UTM.
- Pengurusan UTM dan kakitangan UTM berkewajipan dan dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya kepada JKA dan Juruaudit Dalam untuk membolehkannya melaksanakan kewajipan-kewajipannya dengan wajar dan saksama.
- Juruaudit Dalam bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diperolehi dikendalikan dengan penuh hati-hati, kerahsiaan, kejujuran dan ketelusan seperti yang digariskan dalam kod etika profesional Juruaudit Dalam. Juruaudit Dalam dan semua pihak yang menjalankan tugas audit adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.
- UAD adalah bertanggungjawab memastikan segala maklumat disimpan dengan baik dan elemen “rahsia” terpelihara dan mematuhi akta-akta serta prosedur berkenaan penyimpanan maklumat yang digunapakai di UTM