PELAPORAN DAN PEMANTAUAN

  • Satu laporan bertulis akan disediakan dan dikeluarkan oleh Ketua UAD atau wakil yang dilantik setelah berakhirnya proses pengauditan dan diagihkan mengikut kesesuaian. Keputusan atau cadangan yang dikeluarkan oleh UAD akan dimaklumkan kepada JKA.
  • Laporan audit akhir dikeluarkan terdiri daripada maklumbalas daripada pihak yang diaudit dan tindakan yang telah dan akan diambil bagi penemuan-penemuan audit dan cadangan-cadangan khusus yang dinyatakan oleh UAD.
  • UAD bertanggungjawab menjalankan susulan ke atas penemuan dan cadangan yang dinyatakan sepertimana yang dipersetujui. Penemuan-penemuan penting akan kekal sebagai isu terbuka sehingga ianya diselesaikan.