RANCANGAN AUDIT TAHUNAN 

  • Ketua UAD akan mengemukakan rancangan audit tahunan kepada JKA untuk semakan dan kelulusan. Rancangan audit tahunan merangkumi tajuk pengauditan, jadual kerja audit serta keperluan bajet dan sumber (man-days) bagi tahun berikutnya. Ketua UAD akan memaklumkan sebarang batasan sumber, perubahan pengauditan dan kesan-kesannya kepada JKA.
  • Rancangan Audit Tahunan disediakan dengan menggunakan pendekatan Risk Based Internal Auditing (RBIA) berdasarkan analisa risiko di semua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan aktiviti yang boleh diaudit (auditable entities) dengan mengenal pasti risk rating berdasarkan impact dan likelihood terhadap semua aktiviti utama / auditable area yang wujud di Universiti. Senarai PTj dan aktiviti yang dipilih adalah mengikut indeks risiko yang tinggi serta mengambil kira cadangan atau permintaan daripada JKA dan Pengurusan UTM. Sebarang perubahan ke atas rancangan audit tahunan yang telah diluluskan akan dimaklumkan kepada JKA melalui laporan aktiviti secara berkala.