PROFESSIONALISME

UAD melaksanakan pentadbiran dan fungsi-fungsinya mengikut polisi yang dibentuk oleh kerajaan, badan professional dan juga pihak berukuasa UTM iaitu LPU, JKA, Pengurusan UTM. Pelaksanaan aktiviti audit dalam dan profesionalisme adalah berasaskan kepada:

  • tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Kod Etika Profesional Staf UTM.
  • International Professional Practice Framework (IPPF) 2017 yang merangkumi misi audit dalam, prinsip teras, definisi, piawaian dan kod etika yang merupakan garispanduan mandatori yang perlu dipatuhi.
  • berhati-hati dalam menggunakan maklumat yang telah diperolehi semasa melaksanakan tugas-tugas dan tidak menggunakan maklumat terkelas untuk sebarang faedah persendirian atau dengan cara apa sekalipun yang diketahui akan menjejaskan kepentingan dan nama baik Universiti.
  • menggunakan hemat yang munasabah bagi mendapatkan cukup fakta sebagai bukti bagi menyokong kesimpulan yang diperolehi dan dalam membuat laporan hendaklah mendedahkan fakta-fakta penting yang diketahui jika tidak didedahkan akan menyelewengkan laporan ke atas hasil operasi yang dikajisemula atau akan menutupi amalan yang bersalahan dengan undang-undang.
  • secara berterusan berusaha memajukan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan.
  • menyedari tanggungjawab kepada Universiti bagi mengekalkan tahap kemahiran, moral dan integriti yang tinggi.